fbpx

Ubat Covid-19 – Malaysia Dipilih Oleh WHO Untuk Diuji Keberkesanan

Hari ini jumlah jangkitan Covid-19 sudah mencecah sebanyak 597,267 jumlah jangkitan di seluruh dunia dengan kadar kematian sejumlah 27,365. Namun begitu, kadar pesakit yang pulih telah meningkat sebanyak 133,363 (Worldometers.info) .

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataannya, berkata Malaysia adalah antara negara yang dipilih untuk menguji keberkesanan ubat Rendesivir bagi merawat pesakit Covid-19.

Malaysia dipilih kerana faktor keupayaan dalam melakukan kajian klinikal, menurut Dr.Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan).

Malaysia juga dipilih kerana tahap kemampuan penyelidikan dari segi kepakaran serta fasiliti yang baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berkenaan keberkesanan ubat Rendesivir, katanya keputusan akan dibuat selepas penyelidikan dijalankan. Sama ada ubat ini sesuai atau tidak kita akan membuat kajian penyelidikan dahulu.

Selain itu katanya, Malaysia sedang menguji kit ujian pantas (RTK) buatan Korea untuk meningkatkan pengesanan Covid-19 dan jika RTK ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi maka Malaysia bercadang untuk membeli dalam jumlah besar.

Sama-sama kita berdoa semoga kajian ubat ini dipermudahkan dan mampu untuk merawati pesakit Covid-19 bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

2 thoughts on “Ubat Covid-19 – Malaysia Dipilih Oleh WHO Untuk Diuji Keberkesanan”

  1. Good news,congratulation

    1. Charms Capital says:

      Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts