Sebanyak 2,479 kes positif Covid-19 di Malaysia sudah disahkan setakat hari ini. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak kementerian sedang bersedia untuk menghadapi gelombong ketiga yang dijangka akan memuncak pada pertengahan April 2020.
Justeru, dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi KKM, pihak kementerian telah mengeluarkan borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan Covid-19 untuk pelbagai profession perubatan.

Borang tersebut boleh didapati melalui link berikut : Klik sini
Oleh itu, silakan membuat hebahan jika ada rakan atau saudara terdekat yang berpotensi untuk menjadi anggota sukarelawan pasukan bantuan perubatan.
Kini, negara Malaysia amat-amat memerlukan bantuan anda semua.