fbpx

Sektor Perkhidmatan, Logistik dan Perkilangan Akan Kerugian Besar Akibat Covid-19

Covid-19 memperlihatkan bagaimana sesebuah negara yang gah dari segi ekonomi boleh lumpuh jika wabak berbahaya ini tidak ditangani dengan sewajarnya.

Langkah beberapa negara dunia menutup pintu sempadan akan memberi implikasi yang besar khasnya dari segi ekonomi. Malaysia juga tidak terkecuali daripada kesan ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Madeline Berma menerusi Portal Sinar Harian menjelaskan tiga sektor berkepentingan seperti perkhidmatan, logistik dan perkilangan akan terjejas dengan teruk.

Ini rentetan daripada beberapa tahap ‘lockdown’ yang telah bermula di negara ini dan sehingga ke hari ini masih belum menunjukkan tanda ianya akan reda dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, negara terpaksa memperkenalkan siri rangsangan ekonomi bagi tujuan memulihkan semula ekonomi negara.

Langkah ini juga turut dilakukan oleh negara-negara lain seperti Japan dan Singapura.

Dr. Madeline Berma turut berharap agar ekonomi negara akan pulih dalam tempoh empat hingga lima bulan akan datang dan ianya bergantung bagaimana sesebuha negara itu menggunakan sumber yang ada untuk mengawal wabak daripada terus merebak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *