fbpx

Sarung Tangan Malaysia Diharamkan, Kini Ditarik Balik Oleh Amerika Syarikat

covid19

Malaysia adalah pengeluar utama sarung tangan di dunia dengan pengeluaran melebihi 11 bilion unit setahun. Pengeluaran oleh Malaysia mewakili 65% sarung tangan dunia.

Hari ini dengan penularan wabak Covid-19, permintaan terhadap sarung tangan amatlah tinggi. Banyak negara sedang cuba menambah stok sarung tangan mereka termasuklah Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah mengharamkan export sarung tangan syarikat Malaysia kerana mereka percaya penggunaan buruh paksa di dalam menghasilkan produk ini.

Namun dalam satu kenyataan rasmi, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat telah menarik sekatan tersebut. WRP Asia Pasific Sdn. Bhd telah dibenarkan untuk mengimport semula sarung tangan ke sana.

Keadaan ini juga didorong oleh krisis Covid-19 yang semakin parah di Amerika Syarikat dimana jumlah pesakit sudah melebih 100 ribu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts