fbpx

RM1600 Secara One-Off, Serta Tiga Lagi Pakej Bantuan Prihatin Nasional Yang Cool

Pertamanya kita ucapkan jutaan terima Kasih kepada Perdana Menteri kita di atas kerja keras dan usaha beliau bersama barisan jemaah menteri yang bertungkus-lumus bekerja supaya wabak covid19 ini dapat dipulihkan.

Melalui ucapan beliau sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu pakej rangsangan Ekonomi yang akan menelan belanja sebanyak RM250 billion. Pakej ini akan memberi manfaat kepada selurh rakyat Malaysia bagi mendepani cabaran covid 19.

Apa yang menarik mengenai Bantuan Prihatin Nasional ini adalah golongan sasar kepada empat kategori berikut :

Pertama, golongan berpendapatan bulanan RM4000 dan kebawah.
Golongan ini akan menerima RM1600 one-off yang mewakili sejumlah 4 juta isi rumah.

Kedua, golongan berpendapatan melebihi RM4000 sehingga RM8000 sebulan
Golongan ini akan menerima RM1000 on-off yang mewakili sejumlah 101 juta isi umah.

Ketiga, golongan bujang (individu) berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000 ke bawah.
Golongan ini akan menerima RM800 yang mewakili 3 juta bujang berusia 21 tahun ke atas.

Keempat, golongan bujang (individu) berumur 21 tahun ke atas berpendapatan RM2001 hingga RM4000
Golongan ini akan menerima RM500 one-off.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa pakej lain yang turut melibatkan badan kerajaan dan perusahaan perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts