fbpx

Pelancong Negara China Dah Tak Sabar Nak Datang Malaysia September Ini

Covid-19 telah memberi kesan yang amat teruk kepada industri pelancongan global. Banyak negara terpaksa menutup sempadan dalam usaha memerangi wabak ini daripada terus merebak. Malaysia juga tidak terkecuali menerima tempias kemerosotan hasil pelancongan.

Dalam satu kenyataan oleh Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), saudara Uzaidi Udanis menyatakan situasi kritikal sedang dihadapi oleh pemain industri pelancongan tempatan dan luar negara.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, MITA komited menyokong segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengurangkan beban yang ditanggung oleh agensi dan juga para pekerja.

Namun, ada perkara yang mengejutkan beliau apabila mereka mula menerima pertanyaan mengenai pakej pelancongan di Malaysia oleh ejen-ejen di negara China pada bulan September ini. Mereka sangat yakin bahawa negara Malaysia akan bebas dan pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 dengan secepat mungkin.

Apakah kita sudah bersedia menerima semula semua pelancong dari seluruh dunia ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts