fbpx

Menghina Malaysia, Ahli Politik Taiwan Diserang Bawang Army Malaysia

Nama Malaysia kini terkenal kerana tindakan dan respon kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 ini. Mereka memuji Malaysia kerana sikap prihatin kepada rakyat melebihi daripada tindakan yang dibuat oleh negara-negara Eropah dan Barat. Penyataan ini dikeluarkan oleh JP Morgan.

Namun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini, lantas mengecam tindakan Malaysia dalam menghadapi Covid-19.

Tindakan kecaman ini datangnya dari seorang ahli politik Taiwan, Li Zheng Hao yang mengkritik Malaysia secara terbuka di dalam satu rancangan TV di sana.

Facebook Ahli Politik Taiwan, Li Zheng Hao

Antara intipati ketidakpuashatian beliau kepada Malaysia adalah:

  1. Beliau mendakwa bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia bertindak ganas dan kasar kepada rakyat Malaysia sewaktu tempoh Lockdown. Beliau tunjukkan video latihan PDRM sebagai bukti kononnya polis Malaysia bersifat ekstrim dan ganas.
  2. Beliau juga mengambil video yang tular mengenai kakitangan hospital di Kelantan yang kekurangan PPE dan terpaksa mengambil plastik sampah sebagai ganti. Padahal isu ini sudah selesai dan masalah PPE tersebut sudah selesai.
  3. Beliau juga menfitnah dengan menunjukkan scene tong oksigen yang bersusun dengan banyaknya di hospital, padahal kejadian tersebut adalah di Indonesia.
  4. Fitnah terbesar yang beliau lemparkan adalah mangsa yang terkorban adalah banyak dan terpaksa ditanam tepi jalan kerana beliau tidak nampak batu-batu besar seperti perkuburan Cina. Beliau menambah lagi, oleh kerana Malaysia adalah negara Islam, maka mayat-mayat ini tidak boleh dibakar.

Oleh kerana fitnah dan kecaman yang besar ini terhadap Malaysia, maka Bawang Army Malaysia telah bersatu padu untuk mempertahankan negara daripada cacian dan hinaan ini. Mereka telah menyerang habis-habisan di ruangan komen ahli politi tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah 106k komen ditinggal, majoriti adalah dari Malaysia.

Kita boleh lihat semua kaum bergabung untuk menyatakan sokongan kepada pemerintah dalam menghadapi wabak ini. Tiada lagi isu boikot sesama sendiri, tiada lagi perasaan takutkan jawi, yang ada hanyalah KEDAULATAN MALAYSIA yang perlu dipertahankan.

Sesungguhnya kita semua amat-amat sayangkan negara daripada terus dibuli dan dihina oleh orang asing. Ini menunjukkan walaupun sesama kita ada sedikit pertengkaran dan salah faham, namun apabila adanya isu yang boleh merendahkan maruh negara, kita semua boleh bersatu.

Bawang Army, teruskan berjuang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts