fbpx

Jepun Batal Kemudahan Visa Kepada 11 Negara Kerana Covid-19

Kerajaan Jepun dalam kenyataannya telah memutuskan akan menggantung kemudahan visa untuk 11 negara Asia Tenggara, Timur Tengah serta Afrika dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Negara-negara yang akan terlibat di dalam penggantungan ini adalah Qatar, Vietnam, Israel,Filipina, Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia, Bahrain, Republik Demokratik Congo dan negara kita, Malaysia.

Sebelum ini, kerajan Jepun telah membuat sekatan perjalanan kepada 40 negara yang terjejas teruk seperti China, Iran, Korea, Arab Saudi dan juga Eropah.

Bagi anda yang sedang merancang untuk ke Jepun, dinasihatkan untuk tidak meneruskan niat kerana keadaan yang semakin membimbangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts