fbpx

Indonesia Mungkin Lumpuh April Ini kerana Covid-19 Dijangka Cecah 700,000 Orang

covid19

Umum mengetahui wabak ini telah mengakibatkan kitaran global terganggu serta lebih ramai akan kehilangan punca pekerjaan. Sehingga kini sudah lebih setengah juta kes positif Covid-19 dilaporkan dimana negara Amerika Syarikat, Italy dan China adalah negara yang paling terjejas teruk.

Rantau Asia Tenggara juga terjejas dengan kebanyakkan negara sudah membuat perintah larangan pergerakkan. Berita terkini yang mencetuskan kebimbangan orang ramai adalah kemungkinan akan lumpuhnya negara Indonesia berikutan jangkaan rakyatnya yang akan positif Covid-19 adalah seramai 700,000 orang.

Achmad Yurianto, juru bicara pemerintah Covid-19 Indonesia menyatakan, jumlah kes di negera tersebut dijangkan akan meningkat 600,000 hingga 700,000 menjelang hujung April ini.

Indonesia mempunyai populasi penduduk melebihi 200 juta orang dan hal ini amat membimbangkan pihak pemerintah. Kerajaan Indonesia di dalam satu kenyataan memberitahu bahawa satu juta kit ujian pemeriksaan berskala besar akan dibuat oleh mereka.

Ujian ini hanya dikhaskan kepada mereka yang berisiko dijangkiti dan mereka yang tidak terdedah tidak dibenarkan untuk mengambilnya.

Sebelum ini, kisah satu keluarga di Indonesia menjadi bualan warganet kerana mereka tetap membawa pulang jenazah yang meninggal akibat Covid-19 tanpa memperdulikan risiko jangkitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts