fbpx

Covid 19 – Anak Hanya Diberi Milo Bercampur Gula, Netizen Luah Rasa Bangga Pada Pihak Polis

covid 19

Dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor di dalam satu rondaan OP Covid 19 menemui sepasang suami isteri di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru bersama seorang anak mereka berada di taman permainan. Setelah ditanya sebab mengapa mereka tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan nada menangis si isteri menyatakan mereka tidak mempunyai wang ringgit untuk membeli keperluan makanan di rumah.

Keluarga tersebut telah dibawah ke kedai runcit berhampiran dan pegawai polis tersebut telah memberikan bantuan susu kepada anak mereka yang berumur 1 tahun 4 bulan kerana sebelum ini hanya diberi minum milo bercampur gula, situasi ini telah menyentuh hati pegawai terbabit.

Terima kasih kepada pihak polis yang terlibat. Anda memang kebanggaan kami rakyat Malaysia.

Sumber: Page Polis Johor

Mencari Hand Sanitizer ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts