fbpx

Azwan Ali Hina Petugas Hospital, Denda RM17,000

Setiap hari ada sahaja video yang dimuatnaik oleh netizen dalam memberi maklumbalas tentang wabak Covid-19. Namun, tidak semua video boleh memberi kesan yang sama. Adakalanya anda boleh tidak bernasib baik.

Bekas pengacara popular, Saudara Azwan Ali juga turut memuatnaik video di laman Youtube ‘DIVAAATERSOHOR’ yang dengan niat menyakitkan hati masyarakat lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, 24 Mac yang lepas.

Dengan sebab itu, beliau dijatuhi hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat hantaran video yang menyakitkan hati orang lain berkenaan wabak Covid-19.

Beliau dituduh menghina petugas Hospital Putrajaya di dalam video tersebut dalam mengendalikan Covid-19.

Jika gagal membayar denda itu beliau perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 6 bulan, menurut Hakim Azura Alwi.

Sentiasalah beringat akan setiap tutur dan tingkahlaku kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts