fbpx

Artis Malaysia Rayu Bantuan, Apa Yang Patut Kita Buat ?

Nampaknya perang antara artis dan netizen belum mencapai titik reda dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini beberapa artis tempatan menyuarakan pendapat mereka mengenai skim bantuan yang harus diterima oleh golongan seni dengan alasan mereka telah menyumbangkan sesuatu kepada negara iaitu menghiburkan rakyat Malaysia menerusi drama, filem dan sebagainya.

Menerusi terbitan artikel di Rotikaya ‘Artis Pun Rakyat Biasa, Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus’ ternyata mengundang pelbagai persepsi dan kecaman.

Namun, ada beberapa persoalan yang perlu kita semua faham mengenai tuntutan dan rentetan peristiwa ini.

  1. Bantuan khusus yang dimaksudkan mungkin dimaksudkan kepada artis atau penggiat belakang tabir seperti penulis skrip, pelakon tambahan dan lain-lain.
  2. Artis veteran yang terjejas dengan masalah kesihatan dan kini tiada sumber pendapatan.

Boleh lihat tanda harga bagi kategori penggiat seni belakang tabir dibawah :

Sumber

Jika ini adalah nilai gaji kasar mereka, jangan risau Bantuan Prihatin Nasional akan memberi bantuan seperti rakyat Malaysia yang lain.

Bagi artis yang mempunyai pendapatan melebihi syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, mungkin golongan ini tidak sesuai untuk diberikan perhatian.

Menerus muat naik di Facebook Drama/Filem Adaptasi Novel, pihak yang berkenaan telah berkongsi beberapa maklumat tentang kadar bayaran artis jika ada pihak yang ingin mendapatkan khidmat mereka.

Sejujurnya, semua pihak sekarang sedang terkesan dengan wabak covid-19. Bukan sahaja golongan artis, malahan syarikat multinasional, peniaga kecil dan sederhana, pekerja swasta sehinggalah ke golongan petani serta nelayan.

Bersabarlah, semua golongan kerajaan akan bantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts